Tuesday, April 6, 2010

Cerita hari Khamis 01hb April 2010

Assalamualaikum warahmatullah..

Berikut ialah peristiwa yang terjadi di Pusat Pengajian Al-Quran Al Kholidi Cawangan Terengganu,khamis lepas.

Khamis , 1 Haribulan April:

Seorang anak bernama Ammar bin Haji Alwi(dengan nombor madrasah 05 ), mengadu kakinya terhiris paku.Tidak diketahui samada ianya berkarat atau tidak.Bimbang keadaannya melarat dan menjadi sebab demam kancing, maka sebaik tamat pengajian jam 11 pagi,saya bagi pihak madrasah pun bersiap untuk membawanya ke klinik berhampiran.
Belum pun sempat saya keluar rumah,seorang anak melaporkan pula bahawa seorang lagi anak,iaitu Issyah Futra bin Iskandar (dengan nombor madrasah 99), sedang tenat.Saya dan Ustaz Suhaimi dengan segera menuju ke bilik anak-anak tersebut. Benar, kelihatannya anak tersebut berguling-guling dan mengerang menahan kesakitan sambil menekap dadanya.

Kami bertanya kepada rakan-rakannya punca sakitnya,namun tiada seorangpun yang dapat menjelaskan sebabnya.Setelah bermusyawarah ,kami pun sepakat membawa mereka berdua(nombor 05 dan 99)ke klinik.Terpaksa memikul Issyah ,kami memutuskan membawa beberapa anak-anak lain yang dapat menolong supaya ikut pergi dengan menaiki dua buah kereta,kenari dan kancil.

Tiba diklinik.
Kepada Ammar ,doktor memberinya suntikan dan ubat.
Adapun Issyah,maka doktor meminta supaya beliau dibawa ke hospital besar Kuala Terengganu,kerana doktor sendiri bimbang kliniknya tidak mempunyai cukup peralatan bagi merawat Issyah yang dikatakan mempunyai masalah saluran pernafasan.

Dua puluh menit kemudian ,kami tiba di hospital.Issyah didaftarkan di wad kecemasan. Setelah hampir setengah jam menunggu,akhirnya Issyah dibenar pulang.Walau bagaimanapun,kami sedikit terkilan kerana tidak sempat bertanyakan doktor apakah penyakitnya berat,jenis sakit dan punca sakitnya.Secara amnya, dari Issyah kami tahu bahawa beliau menghidap asma.Syukurlah,semuanya sudah selamat.

Pulang dari hospital, sebaik tiba di halaman rumah, kelihatan anak-anak ramai yang berada di halaman rumah.Belum sempat saya turun dari kenderaan,saya disapa oleh beberapa anak-anak dari tingkap kereta.Antara yang saya dengar:

"Ustaz, Azhan terjatuh.Kepala dia berdarah".
"Ustaz ,kepala Azhan berlubang.Darah keluar banyak".

Astaghfirullahalazim...
Spontan saya bertanyakan soalan : Sebab apa terjatuh?
Semua terdiam. Memandang sesama sendiri.Beberapa ketika kemudian, seorang anak memberitahu: "Azhan terjatuh ketika bermain didalam rumah".Seorang menambah:"Terpijak sejadah dan tergelincir ,jatuh kepalanya terseret ke bucu dinding."

Terlupa bertanyakan keadaan Azhan,turun dari kereta saya berkata: "Sekarang ,Ustaz nak bawa Azhan ke klinik!Kepada mana-mana anak-anak yang masih lagi nak bermain didalam rumah,silakan sekarang bermain!Biar patah-patah,luka-luka!Senang Ustaz bawa semua ke klinik sekaligus!"

Tok Ki haji Deris,bapa kepada Haji Ismail iaitu tuan rumah ,yang sedari tadi memerhati tiba-tiba bersuara:
" Azhang dah dibawe pekerja saya ke klinik.Doktor di klinik kate,Azhang mesti dibawe ke hospital besar Kuala Terengganu.Urat darah di kepalanya putus,di klinik tiada kepakaran menyambung urat darah yang terputus.
Sekarang,Azhang sudah berada di hospital besar,dirawat di wad kecemasang. Ustaz kene pegi sane,sebab la ni, takda orang yang jaga dia."

Saya mengangguk.
Dipendekkan cerita,saya dan dua anak-anak pelajar sudah berada di hospital besar.Kami menuju wad kecemasan.
Saya dan anak-anak menunggu diluar.
Tidak lama kemudian ,Ustaz Suhaimi tiba.
Bertanyakan pengawal keselamatan wanita,kami telah dapat bertemu Azhan.
Berbaju Hijau,duduk diatas kerusi roda,Azhan masih dapat tersenyum.Kepalanya sudah berjahit,tujuh jahitan kalau tidak silap.Beliau sedang menunggu keputusan X-ray.

Mengira beliau pastinya akan ditahan dalam wad,saya sebak dalam hati.(Mereka yang diberi-pakai pakaian hijau biasanya akan ditahan di wad.Maklumat ini diperoleh dari jaga wanita yang bertugas.)

"Kasihan,kalaulah ibunya melihat,ibunya mesti akan berasa sedih."

Namun,jangkaan meleset. Sebaliknya doktor membenarkannya pulang,dan meminta supaya Azhan dihantar ke klinik berdekatan untuk diperiksa setiap hari selama empat hari berturut-turut bermula ahad dan berakhir rabu.Jahitan hanya boleh dibuka pada khamis lapan haribulan April.

Alhamdulillah,lega. Bersyukur kerana tiada hentakan yang mengganggu saraf otak,juga tidak mengalami pendarahan dalaman.

Selesai mengambil ubat,kami pun bergerak untuk pulang.Dalam perjalanan,memikirkan Azhan yang belum makan apa-apa kerana berpuasa sunat,saya mempelawa Azhan :

"Nak makan apa-apa ke,Azhan?Boleh kita singgah makan di mana-mana?".

"Takpelah Ustaz,saya nak teruskan puasa." jawabnya.

"MasyaAllah.Kuatnya anak ni..Seorang anak yang berumur sebelas tahun."
Saya kagum dalam hati.

Dalam hati saya berdoa:"Mudah-mudahan,kamu akan jadi Ulama besar,kemudian hari,Amen."

............

Petang itu ,kami tiba ke madrasah pada jam enam lima belas menit petang..
Turun dari kereta,anak-anak menghampiri,untuk melihat tempat luka Azhan yang sudah dijahit.
Pastinya, melihat bekas luka tersebut,untuk tempoh tiga hari,tidak ada yang berani bermain, berlari-lari didalam rumah..
Saya yakin,InsyaAllah.

Moga Allah mudahkan urusan,Amen.

Sekian,
Wassalam.



Wan Ahmad Azhan bin Wan Samokti dengan pakaian wad berwarna hijau..

Wednesday, March 31, 2010

Biodata Ringkas Ustaz Suhaimi..

Assalamualaikum warahmatullah.

Seperti yang kita sedia maklum, pengajian kitab di Pusat Pengajian Al Quran Al Kholidi
cawangan Seberang Marang adalah dipimpin oleh Al Fadhil Al Alim Al Ustaz Suhaimi.

Sedikit yang saya ketahui mengenai Ustaz Suhaimi ialah,beliau sudah berumahtangga ,dan mempunyai seorang anak perempuan.

Merupakan salah seorang dari sebilangan anak didik Tuan Guru Haji Sanusi bin Haji Salleh yang bertuah dapat duduk dan tinggal berkhidmat kepada Tuan Guru.

Keinginan yang kuat untuk mendampingi Guru Mursyid , beserta kesabaran yang tinggi, membuahkan hasil akhirnya.

Ini kerana, selepas lebih tiga tahun bersama Tuan Guru, beliau telah diizinkan untuk menyampaikan pengajian kepada orang ramai.

Beliau yang sebelumnya pernah menuntut dengan
As Syeikh Al Fadhil Al Ustaz Fuad Ibn Kamaluddin Al Maliki,
adalah seorang yang merendah diri dan tidak pernah memperlihatkan bahawa beliau adalah lebih baik dari orang lain.

Sikap beliau ini ,amat disenangi oleh para pelajar dan semua.

Sama-sama kita doakan, agar barokah yang mengalir dari Tuan Guru kepada beliau, akan mengalir pula kepada anak-anak dan kita semua. Amen





Anak-anak mengikuti Kelas Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati oleh Al Fadhil Ustaz Suhaimi



Kitab- Kitab Pengajian

Assalamualaikum Warahmatullah.

Di bawah ini ialah 3 buah kitab asas, yang sedang diajarkan di sini.

Kelas pengajian bagi tiga buah kitab ini, dipimpin oleh Sohibul Fadhilah Al Alim
Al Ustaz Suhaimi.(InsyaAllah, keterangan ringkas mengenai kitab2 ini akan menyusul. )

Al Fadhil Ustaz Suhaimi mendapat nasihat dari Al Fadhil Al Alim Al Mursyid Tuan Guru
Haji Sanusi Bin Haji Salleh yang menunjukkan supaya mengajar tiga buah kitab ini.
Semoga barakah melimpah kepada anak-anak,guru-guru dan kita semua dengan keberkatan dan kemuliaan Tuan Guru Haji Sanusi,
Amen.








Gambar- Gambar

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah.

Menggunakan kamera laptop, beberapa keping gambar anak-anak dapat diambil.

Walaupun tidak beberapa jelas,sekurang2nya dapat mengubat rindu :).


Pengajian Malam..Waktu Menghafaz Sabaq



Basyiruddin : "Ops,belum boleh masuk! Khidmat membersih belum selesai!"



Nizam Dengan Berusnya. .Hmm, rasa2nya,dalam telaga tu pun nak kena berus jugak.



Mustaqim,satu2nya anak al-Kholidi dari keluarga muallaf berbangsa tiong hua. Sedang Tekun membaca buku..



Mustaqim Ee, Azhan ,Faruq, Afiq Afnan, Khairullah, Afiq Aqil, Syakirin Kamal dan Ammar Z. Sedang menunggu untuk makan Nasi Goreng..



Mustaqim dan Khairullah



Menunggu Solat Asar dengan Zikir



He he. Tak Sangka, TV3 mai datang tangkap gambaq no..



Depan dari kiri : Ahnaf dan Ammar.
Belakang dari kiri : Basyir, Syakirin Kamal dan Issyah Futra..



Bersugi Sebelum Solat, Belajar Belajar Mengamal Sunnah.



Basyiruddin, Nizam dan Syakirin Kamal. Berkhidmat Membersihkan Tempat Mandi..



Ammar Hafiz, Asyraf, Abu Deen dan Faruq.. Betul2 sedap! tak percaya ke..?!



Al-Ahnaf Rabbani. Sedang berkhidmat menjirus membersih halaman madrasah,
sambil main air..:)



Abu Deen, Memimpin Zikir Munajat Sebelum Solat Asar

Saturday, March 27, 2010

Target Hafazan 2010

Berikut ialah hafazan terkini anak-anak dan sasaran mereka tahun ini!



Salam Perkenalan... Ahlan Wa Sahlan Ila Marang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai wakil kepada Abi (Ustaz Yunus bin Kamaruddin), saya cuba menyahut seruan beliau
agar dibangunkan sebuah laman bagi Pusat Pengajian Al -Quran Al Kholidi cawangan Seberang
Marang, Terengganu.

Tujuannya tidak lain, hanyalah sekadar menyiarkan perkembangan terkini mengenai perjalanan
kehidupan seharian dan perkembangan pembelajaran anak-anak disini, untuk tatapan ibu-ibu dan ayah masing-masing khususnya, dan masyarakat amnya.

Sekurang-kurangnya selepas ini, paparan gambar-gambar aktiviti semasa anak masing-masing dapat menjadi pengubat rindu kala berjauhan.

Menyentuh mengenai Pusat Pengajian cawangan Terengganu ini, antara sedar dan tidak,
sejak pembukaannya bermula pada 17/01/2010 ,sehingga kini sudah hampir dua bulan kami bertapak disini dengan bilangan pelajar seramai 21 orang.

Dengan bermacam-macam ujian di tempat baru,rintangan yang sememangnya sedia menanti, kami senantiasa berusaha memperbaiki segala macam kelemahan, kekurangan
yang terdapat dalam gerak kerja kami.

Dengan niat : Belajar untuk Mencari Redha Allah, insyaAllah segala macam kepayahan
akan dapat kami atasi.

Namun,asbab kejayaan kerja ini memerlukan sokongan dari semua.

Oleh itu teguran-teguran membina dari Tuan-Tuan dan Puan-Puan amatlah diharapkan.

Moga-moga Allah membalas niat dan jasa baik kalian semua,Amen.

Mohon maaf atas kelemahan yang terzahir.

Sekian dahulu untuk kali ini.

Wassalam.

Mohd Radhi b Ab Malik
Wakil Khidmat di Seberang Marang



(Sebarang teguran,komentar dan cadangan penambahbaikan bolehlah diajukan kepada email
dibawah):
Adi_al_abi@yahoo.com

 
© free template by Blogspot tutorial