Tuesday, April 6, 2010

Cerita hari Khamis 01hb April 2010

Assalamualaikum warahmatullah..

Berikut ialah peristiwa yang terjadi di Pusat Pengajian Al-Quran Al Kholidi Cawangan Terengganu,khamis lepas.

Khamis , 1 Haribulan April:

Seorang anak bernama Ammar bin Haji Alwi(dengan nombor madrasah 05 ), mengadu kakinya terhiris paku.Tidak diketahui samada ianya berkarat atau tidak.Bimbang keadaannya melarat dan menjadi sebab demam kancing, maka sebaik tamat pengajian jam 11 pagi,saya bagi pihak madrasah pun bersiap untuk membawanya ke klinik berhampiran.
Belum pun sempat saya keluar rumah,seorang anak melaporkan pula bahawa seorang lagi anak,iaitu Issyah Futra bin Iskandar (dengan nombor madrasah 99), sedang tenat.Saya dan Ustaz Suhaimi dengan segera menuju ke bilik anak-anak tersebut. Benar, kelihatannya anak tersebut berguling-guling dan mengerang menahan kesakitan sambil menekap dadanya.

Kami bertanya kepada rakan-rakannya punca sakitnya,namun tiada seorangpun yang dapat menjelaskan sebabnya.Setelah bermusyawarah ,kami pun sepakat membawa mereka berdua(nombor 05 dan 99)ke klinik.Terpaksa memikul Issyah ,kami memutuskan membawa beberapa anak-anak lain yang dapat menolong supaya ikut pergi dengan menaiki dua buah kereta,kenari dan kancil.

Tiba diklinik.
Kepada Ammar ,doktor memberinya suntikan dan ubat.
Adapun Issyah,maka doktor meminta supaya beliau dibawa ke hospital besar Kuala Terengganu,kerana doktor sendiri bimbang kliniknya tidak mempunyai cukup peralatan bagi merawat Issyah yang dikatakan mempunyai masalah saluran pernafasan.

Dua puluh menit kemudian ,kami tiba di hospital.Issyah didaftarkan di wad kecemasan. Setelah hampir setengah jam menunggu,akhirnya Issyah dibenar pulang.Walau bagaimanapun,kami sedikit terkilan kerana tidak sempat bertanyakan doktor apakah penyakitnya berat,jenis sakit dan punca sakitnya.Secara amnya, dari Issyah kami tahu bahawa beliau menghidap asma.Syukurlah,semuanya sudah selamat.

Pulang dari hospital, sebaik tiba di halaman rumah, kelihatan anak-anak ramai yang berada di halaman rumah.Belum sempat saya turun dari kenderaan,saya disapa oleh beberapa anak-anak dari tingkap kereta.Antara yang saya dengar:

"Ustaz, Azhan terjatuh.Kepala dia berdarah".
"Ustaz ,kepala Azhan berlubang.Darah keluar banyak".

Astaghfirullahalazim...
Spontan saya bertanyakan soalan : Sebab apa terjatuh?
Semua terdiam. Memandang sesama sendiri.Beberapa ketika kemudian, seorang anak memberitahu: "Azhan terjatuh ketika bermain didalam rumah".Seorang menambah:"Terpijak sejadah dan tergelincir ,jatuh kepalanya terseret ke bucu dinding."

Terlupa bertanyakan keadaan Azhan,turun dari kereta saya berkata: "Sekarang ,Ustaz nak bawa Azhan ke klinik!Kepada mana-mana anak-anak yang masih lagi nak bermain didalam rumah,silakan sekarang bermain!Biar patah-patah,luka-luka!Senang Ustaz bawa semua ke klinik sekaligus!"

Tok Ki haji Deris,bapa kepada Haji Ismail iaitu tuan rumah ,yang sedari tadi memerhati tiba-tiba bersuara:
" Azhang dah dibawe pekerja saya ke klinik.Doktor di klinik kate,Azhang mesti dibawe ke hospital besar Kuala Terengganu.Urat darah di kepalanya putus,di klinik tiada kepakaran menyambung urat darah yang terputus.
Sekarang,Azhang sudah berada di hospital besar,dirawat di wad kecemasang. Ustaz kene pegi sane,sebab la ni, takda orang yang jaga dia."

Saya mengangguk.
Dipendekkan cerita,saya dan dua anak-anak pelajar sudah berada di hospital besar.Kami menuju wad kecemasan.
Saya dan anak-anak menunggu diluar.
Tidak lama kemudian ,Ustaz Suhaimi tiba.
Bertanyakan pengawal keselamatan wanita,kami telah dapat bertemu Azhan.
Berbaju Hijau,duduk diatas kerusi roda,Azhan masih dapat tersenyum.Kepalanya sudah berjahit,tujuh jahitan kalau tidak silap.Beliau sedang menunggu keputusan X-ray.

Mengira beliau pastinya akan ditahan dalam wad,saya sebak dalam hati.(Mereka yang diberi-pakai pakaian hijau biasanya akan ditahan di wad.Maklumat ini diperoleh dari jaga wanita yang bertugas.)

"Kasihan,kalaulah ibunya melihat,ibunya mesti akan berasa sedih."

Namun,jangkaan meleset. Sebaliknya doktor membenarkannya pulang,dan meminta supaya Azhan dihantar ke klinik berdekatan untuk diperiksa setiap hari selama empat hari berturut-turut bermula ahad dan berakhir rabu.Jahitan hanya boleh dibuka pada khamis lapan haribulan April.

Alhamdulillah,lega. Bersyukur kerana tiada hentakan yang mengganggu saraf otak,juga tidak mengalami pendarahan dalaman.

Selesai mengambil ubat,kami pun bergerak untuk pulang.Dalam perjalanan,memikirkan Azhan yang belum makan apa-apa kerana berpuasa sunat,saya mempelawa Azhan :

"Nak makan apa-apa ke,Azhan?Boleh kita singgah makan di mana-mana?".

"Takpelah Ustaz,saya nak teruskan puasa." jawabnya.

"MasyaAllah.Kuatnya anak ni..Seorang anak yang berumur sebelas tahun."
Saya kagum dalam hati.

Dalam hati saya berdoa:"Mudah-mudahan,kamu akan jadi Ulama besar,kemudian hari,Amen."

............

Petang itu ,kami tiba ke madrasah pada jam enam lima belas menit petang..
Turun dari kereta,anak-anak menghampiri,untuk melihat tempat luka Azhan yang sudah dijahit.
Pastinya, melihat bekas luka tersebut,untuk tempoh tiga hari,tidak ada yang berani bermain, berlari-lari didalam rumah..
Saya yakin,InsyaAllah.

Moga Allah mudahkan urusan,Amen.

Sekian,
Wassalam.



Wan Ahmad Azhan bin Wan Samokti dengan pakaian wad berwarna hijau..

0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial