Saturday, March 27, 2010

Salam Perkenalan... Ahlan Wa Sahlan Ila Marang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sebagai wakil kepada Abi (Ustaz Yunus bin Kamaruddin), saya cuba menyahut seruan beliau
agar dibangunkan sebuah laman bagi Pusat Pengajian Al -Quran Al Kholidi cawangan Seberang
Marang, Terengganu.

Tujuannya tidak lain, hanyalah sekadar menyiarkan perkembangan terkini mengenai perjalanan
kehidupan seharian dan perkembangan pembelajaran anak-anak disini, untuk tatapan ibu-ibu dan ayah masing-masing khususnya, dan masyarakat amnya.

Sekurang-kurangnya selepas ini, paparan gambar-gambar aktiviti semasa anak masing-masing dapat menjadi pengubat rindu kala berjauhan.

Menyentuh mengenai Pusat Pengajian cawangan Terengganu ini, antara sedar dan tidak,
sejak pembukaannya bermula pada 17/01/2010 ,sehingga kini sudah hampir dua bulan kami bertapak disini dengan bilangan pelajar seramai 21 orang.

Dengan bermacam-macam ujian di tempat baru,rintangan yang sememangnya sedia menanti, kami senantiasa berusaha memperbaiki segala macam kelemahan, kekurangan
yang terdapat dalam gerak kerja kami.

Dengan niat : Belajar untuk Mencari Redha Allah, insyaAllah segala macam kepayahan
akan dapat kami atasi.

Namun,asbab kejayaan kerja ini memerlukan sokongan dari semua.

Oleh itu teguran-teguran membina dari Tuan-Tuan dan Puan-Puan amatlah diharapkan.

Moga-moga Allah membalas niat dan jasa baik kalian semua,Amen.

Mohon maaf atas kelemahan yang terzahir.

Sekian dahulu untuk kali ini.

Wassalam.

Mohd Radhi b Ab Malik
Wakil Khidmat di Seberang Marang



(Sebarang teguran,komentar dan cadangan penambahbaikan bolehlah diajukan kepada email
dibawah):
Adi_al_abi@yahoo.com

0 comments:

 
© free template by Blogspot tutorial